Mohon tapak untuk event
Pilih event yang dibuka, isi borang permohonan yang sudah dipra-isi daripada profil anda, pilih lot kegemaran dan hantar.
Langkah demi langkah
-
1
Log masuk ke portal vendor
Log masuk dengan e-mel dan kata laluan anda. Portal vendor dibuka di skrin Utama.
-
2
Pilih event
Tekan Event di bar bawah dan pilih event yang sedang menerima permohonan.
-
3
Semak butiran event
Baca tarikh, lokasi, jenis lot dan harga, pelan lantai serta SOP sebelum memohon.
-
4
Tekan Mohon
Borang permohonan sudah diisi dengan maklumat profil anda. Semak dan kemas kini perihal produk jika perlu.
-
5
Pilih jenis lot dan keperluan tapak
Pilih jenis lot yang diminati dan tandakan jika anda perlukan bekalan elektrik atau air.
-
6
Pilih lot pilihan
Tekan sehingga 3 lot mengikut keutamaan. Penganjur cuba memenuhinya, tetapi lot akhir diputuskan oleh penganjur.
-
7
Setuju SOP dan hantar
Baca SOP dan terma, tandakan persetujuan, kemudian tekan Hantar Permohonan.
-
8
Pantau status permohonan
Status dipaparkan di menu Permohonan. Anda juga menerima e-mel bila penganjur membuat keputusan.
Tip
- tips_and_updates Perihal produk yang jelas (contoh: "kopi tarik, teh ais, roti bakar") memudahkan penganjur meluluskan permohonan anda.
- tips_and_updates Persetujuan SOP direkod bersama tarikh dan masa — baca dahulu, terutama waktu masuk dan peraturan elektrik.
- tips_and_updates Anda boleh menarik balik permohonan selagi penganjur belum membuat keputusan.
Soalan lazim
Apa maksud setiap status? expand_more
Dihantar: diterima penganjur. Sedang Disemak: penganjur sedang menilai. Perlu Maklumat: penganjur bertanya sesuatu — jawab di menu Permohonan. Diluluskan: lot akan diperuntukkan. Senarai Tunggu: kuota kategori penuh, anda dalam giliran. Ditolak: sebab dipaparkan bersama permohonan.
Kenapa butang Mohon tiada? expand_more
Event itu belum dibuka, sudah ditutup, atau tarikh tutup permohonan sudah berlalu. Sebab ditunjukkan pada halaman event.
Kenapa permohonan saya masuk senarai tunggu? expand_more
Penganjur menetapkan kuota setiap kategori (contoh: maksimum 3 gerai kopi). Bila kuota penuh, permohonan baharu menunggu giliran — anda dimaklumkan jika tempat terbuka.