arrow_back Semua panduan
grid_view Penganjur (EO) 6 langkah smart_display 1:22 minit

Jenis lot, jana lot dan pelan lantai

Cipta jenis booth dengan harga, jana siri lot sekaligus dan susun lot di atas pelan lantai venue.

format_list_numbered

Langkah demi langkah

  1. 1

    Buka Urus Lot

    Dari halaman event, buka Urus Lot. Semua jenis booth dan lot event ini diurus di sini.

  2. 2

    Tambah jenis booth

    Isi nama, kod, harga, saiz dan kemudahan (contoh: meja, 2 kerusi, plug 13A), kemudian tekan Tambah.

  3. 3

    Jana siri lot

    Pilih jenis booth, awalan (contoh A) dan julat nombor, kemudian tekan Jana Lot. Kod yang sudah wujud dilangkau.

  4. 4

    Hadkan kepada kategori (pilihan)

    Contoh: baris berhampiran saliran dikhaskan untuk F&B. Lot itu hanya boleh diberi kepada vendor kategori tersebut.

  5. 5

    Susun pelan lantai

    Tekan Susun Pelan Lantai. Muat naik imej susun atur venue dalam borang event, kemudian seret lot ke kedudukan sebenar.

  6. 6

    Urus lot secara pukal

    Pilih beberapa lot untuk menukar jenis, menutup lot yang tidak dijual atau memadam lot yang belum ditempah.

lightbulb

Tip

  • tips_and_updates Menukar jenis lot yang sudah ditempah mengekalkan harga yang vendor sudah setuju; lot kosong mengambil harga jenis baharu.
  • tips_and_updates Vendor melihat pelan lantai yang sama semasa memilih lot pilihan, jadi kedudukan yang tepat mengurangkan soalan.
help

Soalan lazim

Kenapa saya tidak boleh memadam jenis booth? expand_more

Masih ada lot yang memakai jenis itu. Tukar jenis lot tersebut dahulu, kemudian padam.

Lot bertindan di atas pelan. expand_more

Gunakan butang susun semula di skrin pelan lantai untuk menyusun semua lot, kemudian betulkan dengan menyeret.