Terma Perkhidmatan
1. Penerimaan terma
Dengan mendaftar dan menggunakan UrusVendor, anda bersetuju dengan terma ini.
2. Perkhidmatan
UrusVendor menyediakan perisian untuk mengurus vendor, lot, permohonan, bayaran dan dokumen event. Kami menyediakan perisian, bukan perkhidmatan kewangan.
3. Bayaran dan dana
Bayaran daripada vendor mengalir terus ke akaun payment gateway penganjur. Kami tidak memegang, memproses atau menjamin dana tersebut. Sebarang pertikaian bayaran adalah antara penganjur dan vendor.
4. Langganan
Langganan dibilkan mengikut tempoh yang dipilih. Anda boleh membatalkan pada bila-bila masa; akses berterusan sehingga akhir tempoh yang telah dibayar.
5. Tanggungjawab pengguna
Anda bertanggungjawab ke atas ketepatan data yang dimasukkan, keselamatan akaun anda, dan pematuhan kepada undang-undang yang terpakai bagi event anda.
6. Ketersediaan
Kami berusaha menyediakan perkhidmatan tanpa gangguan tetapi tidak menjamin ketersediaan 100%. Penyelenggaraan terjadual akan dimaklumkan lebih awal.
7. Data anda
Data anda kekal milik anda. Anda boleh mengeksportnya pada bila-bila masa semasa langganan aktif.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini. Perubahan ketara akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi dalam sistem.