arrow_back Semua panduan
qr_code_2 Vendor 7 langkah smart_display 1:27 minit

Hari event: pas masuk, lapor jualan dan aduan

Pada hari event, tunjukkan pas QR di pintu masuk, laporkan jualan harian dan laporkan masalah di tapak terus kepada penyelaras.

format_list_numbered

Langkah demi langkah

  1. 1

    Buka pas masuk

    Buka tempahan anda dan tekan Pas Masuk. Kod QR ini ialah tiket masuk gerai anda.

  2. 2

    Simpan tangkapan skrin

    Ambil tangkapan skrin pas sebelum ke tapak — liputan internet di tapak selalunya lemah.

  3. 3

    Check-in di pintu masuk

    Tunjukkan QR kepada penyelaras. Jika QR tidak dapat diimbas, sebut kod booking di bawahnya.

  4. 4

    Lapor jualan harian

    Tekan Lapor Jualan, pilih hari, isi jualan kasar dan tekan Simpan Laporan. Angka boleh dibetulkan bila-bila masa.

  5. 5

    Lapor masalah di tapak

    Elektrik terputus atau khemah bocor? Tekan Lapor Masalah di Tapak, pilih jenis masalah dan terangkan.

  6. 6

    Pilih tahap yang betul

    Pilih Mendesak hanya jika gerai tidak boleh beroperasi — setiap penyelaras dimaklumkan serta-merta.

  7. 7

    Ikuti status aduan

    Anda nampak bila penyelaras sudah melihat aduan, dan menerima e-mel dengan nota penyelaras bila ia selesai.

lightbulb

Tip

  • tips_and_updates Gambar masalah sangat membantu penyelaras membawa alat yang betul.
  • tips_and_updates Jualan harian membantu penganjur memilih lot dan event yang sesuai untuk anda pada masa depan.
help

Soalan lazim

Butang Lapor Jualan tiada. expand_more

Butang itu muncul selepas event bermula. Sebelum itu hanya Pas Masuk dipaparkan.

Pas saya menunjukkan baki belum dijelaskan. expand_more

Penganjur mungkin meminta penyelesaian di pintu masuk. Jelaskan baki lebih awal di halaman tempahan.