Mula guna: papan pemuka dan tetapan organisasi
Kenali papan pemuka dan menu, kemudian lengkapkan profil organisasi, akaun bank, gateway pembayaran dan pasukan anda.
Langkah demi langkah
-
1
Log masuk
Log masuk dengan akaun pemilik. Papan pemuka menunjukkan permohonan menunggu, booking, hasil dan baki belum dikutip.
-
2
Kenali menu
Menu kiri disusun ikut aliran kerja: Operasi Event, Vendor & Saringan, Kewangan, Hari Event dan Pentadbiran. Lencana merah bermaksud perlu tindakan.
-
3
Lengkapkan profil organisasi
Tetapan → Organisasi: nama, logo, warna jenama dan alamat. Vendor melihat jenama anda, bukan jenama kami.
-
4
Tetapkan akaun bank dan invois
Tetapan → Kewangan & Invois: akaun bank untuk bayaran pindahan dan butiran yang dicetak pada invois.
-
5
Sambung gateway pembayaran
Tetapan → Payment Gateway: masukkan kunci CHIP atau Billplz anda. Duit vendor masuk terus ke akaun anda.
-
6
Jemput pasukan anda
Pengguna & Kebenaran → Jemput Staf. Pilih peranan; kebenaran setiap modul boleh diperhalusi kemudian.
-
7
Carian pantas
Kotak carian di atas (Ctrl K) mencari vendor, event dan nombor rujukan dari mana-mana skrin.
Tip
- tips_and_updates UrusVendor tidak pernah memegang duit vendor — bayaran masuk terus ke akaun gateway atau bank anda.
- tips_and_updates Staf sambilan biasanya diberi peranan Staf: boleh bekerja di tapak tanpa kuasa meluluskan permohonan.
Soalan lazim
Perlukah saya ada gateway pembayaran? expand_more
Tidak wajib. Tanpa gateway, vendor membayar melalui pindahan bank dan memuat naik bukti untuk anda sahkan.
Siapa boleh melihat data kewangan? expand_more
Ditentukan oleh peranan dan kebenaran modul di Pengguna & Kebenaran. Setiap tindakan direkod dalam Log Aktiviti.